Sabtu, 1 Mei 2010

LELONG TERTUTUP YANG PERTAMA DI UPDKK

MEMBUKA PETI SURAT TAWARAN






SEDANG MENGIRA SURAT-SURAT TAWARAN


MEMBUKA SURAT-SURAT







PEGAWAI-PEGAWAI YANG HADIR
DARI KEMENTERIAN KEWANGAN
DARI UPDKK KUALA BELAIT
DARI UPDKK BSB






SURAT-SURAT TELAH DIBUKA KIRA-KIRA PUKUL 2.30 PETANG
PADA 1 MEI 2010

Jumaat, 30 April 2010

TAKLIMAT DI SR MERANGKING


Sebahagian dari Guru SR Merangking


Guru SR Merangking



Suasana dalam bilik Perpustakaan semasa taklimat dijalankan dalam bulan April 2010. Taklimat bermula Pukul 2.00 petang dan berakhir 4.30 petang.
Taklimat disampaikan oleh Pegawai-Pegawai Dari Unit Penghapusan Dari Kira-Kira Cawangan Daerah Belait iaitu:

Awang Maaruf bin Irahim
Haji Suhaili bin Ahmad

TAKLIMAT SMPJN KUALA BELAIT


Sebahagian dari Guru-Guru yang hadir dalam taklimat ini



Guru -Guru asik mendengar taklimat dari Ketua Unit Penghapusan Dari Kira-Kira Cawangan Daerah Belait

Ketua Unit Penghapusan Daerah Belait
Awang Maaruf bin Irahim



Taklimat di SM PG. JAYA NEGARA PG. HAJI ABU BAKAR KUALA BELAIT akan dilaksanakan selama 4 kali iaitu setiap minggu bermula dari 29.4.2010 hinggalah penghujung bulan Mei ini.

Tajuk yang ditaklimatkan ialah:

Peraturan Kewangan 1983
Buku Simpanan (Stock Book)
Barang-barang kekal/pakai habis
Tatacara Memohon Penghapusan
dan
Tiga Kes

Alhamdulillah taklimat pertama sudah dijalankan pada khamis 29.4.2010 lalu, sambutan guru-guru amat-amat menggalakan, dan ada beberapa soalan telah ditanyakan kepada kedua-dua Pegawai Penghapusan.

Pegawai-Pegawai yang memberi takilmat pada hari itu ialah:

Awang Maaruf bin Irahim (Ketua Unit KB)
Haji Suhaili bin Ahmad


Jumaat, 12 Mac 2010

TAKLIMAT DI SR AHMAD TAJUDDIN KB



Taklimat diadakan pada jam 2.00 petang
bertempat di Sekolah Rendah Ahmad Tajuddin Kuala Belait.
yang dihadiri oleh guru-guru dan kaki tangan sekolah.





Taklimat telah dibentangkan oleh ketua Unit Penghapusan Dari Kira-Kira (Cawangan Daerah Belait)


Gambar Guru-Guru Sekolah Rendah Ahmad Tajuddin

yang hadir mendengar taklimat.

Rabu, 10 Februari 2010

LAWATAN KERJA

LAWATAN KERJA TIDAK BERJADUAL MEMANTAU, MENINJAU PENGURUSAN KAWAL SELIA HARTA KERAJAAN

DI SEKOLAH-SEKOLAH DAN JABATAN-JABATAN

DI DAERAH BELAIT
UPDKK KB


DI UNIT PENDIDIKAN KHAS PANDAN


Berbincang dengan guru-guru mengenai buku simpanan







Asrama Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah


Kuala Belait




Berbincang dengan warden asrama lelaki dan warden asrama perempuan penuntut Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah



Jumaat, 5 Februari 2010

Taklimat di JSS Tutong Ke 2



Majlis ini dimulakan dengan ucapan kata alu-aluan dari Ketua Unit Penghapusan Dari Kira-Kira





Pegawai-Pegawai Dari Unit Penghapusan Dari Kira-Kira Harta Benda Kerajaan yang ikut serta membari taklimat kepada Guru-Guru Besar dan Ketua-Ketua Pejabat Kementerian Pendidikan di Daerah Tutong Pada 4 Februari 2010. Jam 2.00 petang hingga 4.45 Petang di Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Tutong.

Para peserta yang menghadiri majlis taklimat dari updkk di Daerah Tutong.
Beberapa Soalan telah diajukan oleh para peserta seperti:
  • Pihak sekolah tidak ada stor untuk menyimpan harta benda yang telah rosak.
  • Bagaimana mengisi borang permohonan penghapusan.
  • Kelambatan jawapan permohonan penghapusan.
  • dan lain-lain.

Jawapan dari soalan di atas seperti berikut:

  • Dengan tidak adanya tempat (stor) penyimpanan bagi harta benda kerajaan maka pada 6 Jun 1985 satu jawatankuasa telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Penghapusan Dari Kira-Kira Kementerian Pendidikan dengan Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam. yang bererti kalau ada harta benda kerajaan yang telah rosak maka jangan lagi dikumpul banyak-banyak hingga susah untuk disimpan, ada yang rosak terus pohon penghapusan selseai masalah tidak ada tempat menyimpan.
  • Dengan ada masalah tersebut makanya majlis taklimat ini diadakan untuk memberi penjelasan.
  • Kelambatan tersebut disebabakan proses permohonan penghapusan melalui beberapa peringkat sehingalah DiPerkenaankan.


Rabu, 3 Februari 2010

PERATURAN KEWANGAN
(FINANCIAL REGULATION)
1983
FR 501
TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN
  • Setiap Ketua Jabatan adalah secara peribadi dan kewangan bertanggungjawab terhadap pengawasan, pemeliharaan, dan pengawalan secara am ke atas barang-barang stor yang diterima atau dipegang oleh Jabatan yang perbelanjaannya dikawal oleh Ketua Jabatan itu.
  • Istilah barang-barang stor adalah dikenakan kepada semua harta benda negara, barang-barang, alat-alat kelengkapan, perabot-perabot, jentera-jentera dan mesin-mesin, alat-alat pertukangan, perkakas-perkakas, barang-barang tak bersisa dan barang-barang guna habis dan sebagainya.
FR 502
TANGGUNGJAWAB PEGAWAI-PEGAWAI
  • Setiap Pegawai Kerajaan adalah bertanggungjawab secara peribadi dan kewangan terhadap barang-barang stor yang di bawah kawalan atau dalam jagaannya.
FR 550
PENERIMAAN BARANG-BARANG MASUK KE DALAM
STOR~LEJAR-LEJAR STOR
  • Barang-barang yang diterima masuk dalam stor hendaklah direkodkan menurut perjenisan barang-barang stor iaitu seperti yang dinyatakan dalam Peraturan FR 503 - FR 506.
  • Semua barang stor yang sedemikian diterima masuk hendaklah direkodkan dengan seberapa segera yang boleh dilakukan dan baki barunya hendaklah ditunjukkan Unit bagi mengira bilangan hendaklah ditunjukkan dalam setiap folio, lejar, dan barang-barang itu hendaklah sentiasa dimasukkan dalam kira-kira dengan menggunakan unit sedemikian.
  • Barang-barang stor yang mempunyai nombor siri pembuat, nombor model atau lain-lain tanda pengenalan hendaklah direkodkan maklumat-meklumatnya itu dalam folio lejar atau daftar barang.
FR 75
COP PENERIMAAN BARANG
  • A.(FR 505.1) - Lejar Simpanan:
Semua jenis barang-barang yang akan dipegang dalam simpanan bagi kegunaan kemudian kelak.
  • B.(FR 505.2) - Daftar Barang-Barang.
Semua jenis barang-barang yang tahan lama untuk kegunaan serta-merta dan tidak dimasukkan ke dalam kira-kira lejar simpanan.
  • C (FR 505.3) - Guna Habis:
Semua jenis barang-barang yang dibeli atau diterima daripada barang-barang Ta'Beruntuk dan adalah dari jenis tidak dikehendaki untuk diperhitungkan selanjutnya. mungkin ada pengecualian iaitu dalam hal barang-barang stor dari beberapa jenis tertentu, rekod-rekod penggunaan adalah dikehendaki untuk disimpan.