UNIT
PENGHAPUSAN DARI KIRA-KIRA
CAWANGAN DAERAH BELAIT
CAWANGAN DAERAH BELAIT
JABATAN PENTADBIRAN DAN
PERKHIDMATAN – PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN – PERKHIDMATAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
LAPORAN
TAKLIMAT
1) NAMA PEGAWAI
PENYAMPAI TAKLIMAT
MA’ARUF BIN IRAHIM
haji suhaili bin ahmad
2) NAMA TEMPAT : SEKOLAH
RENDAH
SUNGAI TERABAN.
SUNGAI TERABAN.
DAERAH : BELAIT
TARIKH : 26 REJAB 1432 / 28 JUN 2011
HARI : SELASA
MASA : 2.00 PTG HINGGA 4.45 PTG
TEMPAT TAKLIMAT : BILIK TAKLIMAT
SEKOLAH RENDAH SUNGAI
SEKOLAH RENDAH SUNGAI
TERABAN
KUALA BELAIT
3) TUJUAN TAKLIMAT
i) Untuk memberi kefahaman dan pendedahan
secara lisan dan pratikal mengenai tatacara pengurusan buku-buku simpanan dan
kawal selia harta benda kerajaan kepada pegawai-pegawai, ketua-ketua, dan
pengawas-pengawas yang dipertanggungjawabkan.
ii) Dengan adanya sesi taklimat berkenaan akan
dapat memantapkan proses-proses tindakan yang telah, sedang, dan akan
dilaksanakan kemudian.
iii) Melalui sesi taklimat berkenaan akan dapat
membantu menyelesaikan permasalahan atau kemusykilan yang dihadapi.
iv) Dimaklumkan juga adalah menjadi satu
kemestian kepada pegawai-pegawai, ketua-ketua, dan pengawas-pengawas harta
benda yang diamanahkan mengetahui bahawa adalah menjadi satu kesalahan tidak
melaksanakan dan mengikuti tatacara sepertimana yang tercatat didalam peraturan
kewangan tahun 1983. Mengenai hal-hal berikut:-
FR
501 -Tanggungjawab Ketua Jabatan.
FR
502 - Tanggungjawab Pegawai diamanahkan.
FR 550 - Penerimaan
barang-barang masuk dalam stor, lejar-lejar stor.
FR 57 - Cop
penerimaan barang.
FR 551 - Indek untuk lejar.
FR 552 - Rujukan-Rujukan hendaklah
direkodkan.
FR 553 - Menghargakan barang-barang
stor.
FR 554 - FR 556 - Barang-Barang stor dikembalikan.
FR 575 - Tanggungjawab wakil-wakil
tempatan.
FR 576 - Tanggungjawab melindungi barang-barang
stor.
FR 577 - Pemeriksaan oleh pegawai yang
bertanggungjawab.
FR 578 - Daftar pemeriksaan dan Lembaga
Pemeriksa.
FR 579 - Melapor barang-barang stor
yang tidak berguna dan berlebihan.
FR 596 - Menyerahkan barang-barang stor
dan sebagainya.
4) AGENDA TAKLIMAT
i) Bidang tugas
Pegawai Unit Penghapusan Dari Kira-Kira Kementerian Pendidikan.
ii) Mengenai
peraturan kewangan 1983.
iii) Tatacara
mengemaskini buku-buku simpanan lama kepada buku-buku simpanan baru.
iv) Tatacara
pengurusan buku-buku simpanan dan kawal selia harta benda kerajaan.
v) Penjenisan
harta benda kekal dan harta benda pakai habis.
vi) Tatacara
memohon penghapusan harta benda kerajaan dari kira-kira (sebelum, sedang, dan
selepas memohon).
vii) Mendangani tiga kes (kes meroboh bangunan, kes
ceroboh masuk dan kes kebakaran).
5) MENGADAKAN SESI SOAL JAWAB
6) RASIONALNYA
Dengan adanya
sesi taklimat berkenaan akan mempermudahkan lagi setiap pegawai, ketua, dan
pengawas harta benda yang diamanahkan disetiap jabatan dan institusi lainnya di
Kementerian Pendidikan di Daerah Belait untuk bergerak kepada penambah baik
proses-proses mengemaskini, mengawal selia, menyusun atur, dan sebagainya
seperti mana dikehendaki oleh peraturan kewangan 1983.
7) RUMUSAN TAKLIMAT
Diakhir sesi
taklimat, pihak Unit Penghapusan Dari Kira-Kira membuat beberapa saranan kepada
yang hadir supaya dapat mempertingkatkan usaha, dapat memanafaatkan hasil
taklimat berkenaan dan seterusnya dibuat panduan bagi tindakan-tindakan
susulan. Diantara beberapa saranan dimaklumkan
adalah:-
i) Disarankan kepada pengawas-pengawas atau
pegawai-pegawai yang dilantik oleh ketua masing-masing akan sentiasa membuat
pemantauan terhadap harta benda yang ada sama seperti mana jumlah tercatat
dalam buku simpanan.
ii) Untuk kebaikan bersama disarankan setiap
buku simpanan mestilah dibuat semakan setiap tiga bulan sekali mengikut
peraturan kewangan FR 577.
iii) Disarankan juga supaya setiap buku simpanan
mestilah dilengkapkan pengisian data-data diperlukan bagi setiap harta benda
dengan betul dan tepat seperti mana juga tercatat pada penerimaan pada PO./IND./INV./DO./Minit./Memo.
dan sebagainya.
iv) Bagi mana-mana harta benda yang berbentuk
sumbangan, ehsan, belian pejabat, swasta atau sebagainya hendaklah dicatat dalam
Buku simpanan Ehsan, dengan mencatat nama penyumbang atau syarikat, bentuk atau
jenis, jumlah dan harganya. Serta maklumat yang relevan (berhubung kait).
v) Untuk memestikan keselamatan dan memudahkan
pengauditan terhadap buku-buku simpanan adalah disarankan semua buku-buku
simpanan hendaklah ditempatkan di bilik ketua (dalam peti besi keselamatan)
setelah selesai tugas-tugas penyemakan dan mencatat penerimaan.
vi) Dalam memestikan pengurusan harta benda yang
berkesan disarankan semua harta benda yang terlibat dalam proses pemohonan
mendapatkan TIR, proses memohon penghapusan dari kira-kira dan proses menunggu
kebenaran penghapusan hendaklah diberi lebal mengikut prosesnya.
vii) Dibuat
saranan juga kepada pegawai / pengawas yang dipertanggungjawab menguruskan
buku-buku simpanan dan mengawal selia harta benda supaya segera membuat
pembetulan terhadap mana-mana catatan tidak lengkap dalam buku simpanan.
viii) Adalah disarankan juga untuk mana-mana harta
benda kerajaan yang belum didaftarkan dalam buku simpanan (baru ditemui) supaya
segera didaftarkan mengikut katergori / bahagian harta benda berkenaan bagi memudahkan
harta benda tersebut dipohon penghapusan jika tidak lagi dapat dimanafaatkan.
ix) Diberi
saranan juga supaya pihak-pihak berkenaan segera membuat permohonan penghapusan
bagi mana-mana harta benda yang tidak dapat dimanafaatkan atau rosak.
x) Disarankan
juga supaya setiap pegawai atau pengawas yang diamanahkan menguruskan kawal
selia bilik-bilik penyimpanan akan sentiasa menambah baik pulih pengurusan
kawal selianya.
xi) Disarankan juga supaya bagi buku-buku
simpanan lama (tidak perlu disemak), fail-fail lama dan sebagainya hendaklah
diikat, dikumpulkan,dilebal dan disimpan di tempat yang selamat sebelum permohonan
penghapusan dibuat.
xii) Dimaklumkan juga bagi mana-mana harta benda yang
berlebihan atau penggunaannya kurang, disarankan dibuat makluman dan
diagih-agihkan ke tempat-tempat yang memerlukan.
xiii) Dimaklumkan juga supaya mana-mana Bendera Negara Brunei Darussalam
yang rosak, diserahkan ke Pejabat Unit Penghapusan Dari Kira-Kira Cawangan
Daerah Belait, untuk dibuat permohonan penghapusan bersama dengan yang lain.
Dan memaklumkan kepada mana-mana
Institusi, Jabatan, dan Sekolah-Sekolah jika mengalami kemusykilan dalam apa
jua hal-hal pengurusan harta benda kerajaan sila berhubung terus ke Pejabat
Unit Penghapusan Dari Kira-Kira Cawangan Daerah Belait.
Alamat :-
Rumah Kediaman Brunei Shell
KD 145, SPG 24-29
Jalan Maulana,
Kuala Belait
Daerah Belait
Telefon Pejabat: 3347423
3347424
(Fax)
Pihak
unit tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pihak mereka yang hadir pada sesi taklimat berkenaan kerana sanggup
meluangkan masa untuk sama-sama melicinkan
lagi
pengurusan harta benda kerajaan. Bersama-sama ini dilampirkan sama borang
kehadiran perserta dan gambar-gambar
semasa sesi takilmat .
Disediakan
oleh
Ma’aruf
Bin Irahim / Brahim (WO1 KB)
Pegawai
Pelajaran/Pegawai Penyelaras
Unit
Penghapusan Dari Kira-Kira
Cawangan
Daerah Belait.
HSA WO 2
KB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan