Sabtu, 4 April 2015

Laporan Memusnahkan (Membakar) Bendera (8/9/14)


UNIT PENGAPUSAN DARI KIRA-KIRA JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

LAPORAN MEMUSNAHKAN (MEMBAKAR) BENDERA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI SEKOLAH RENDAH SUNGAI TALI LUMUT II, DAERAH BELAIT
  1. Pemusnahan dilakukan berdasarkan surat kebenaran Kementerian Kewangan KKW/ADM/KEM/5, bertarikh 12 Ramadhan 1435 / 10 Julai 2014.

  1. Proses pemusnahan dilaksanakan merujuk kepada memo Yang Di-Pertua Adat Istiadat Bilangan Rujukan : JAIN/41/1961/IV bertarikh 05 Rabiulawal 1427 / 04 April 2006,  iaitu mengenai tatacara Pemusnahan Bendera Negara Brunei Darussalam.

  1. Pada hari berkenaan sebanyak 313 helai Bendera Negara Brunei Darussalam telah dimusnahkan melalui proses pembakaran. Yang mana bendera-bendera tersebut kepunyaan Unit Penghapusan Dari Kira-Kira, Daerah Belait sebanyak 191 helai bernilai $1,910.00 dan Sekolah Menengah Muda Hashim Tutong, Daerah Tutong  sebanyak 122 helai bernilai $1,342.00 dengan nilai harga keseluruhan berjumlah $3,252.00 sahaja.

  1. Proses pemusnahan dilakukan pada berikut : 
Tarikh           :           13 Zulkaedah, 1435 / 08 September 2014
Masa             :           10.00 pagi hingga 11.00 pagi  
Hari                :           Isnin
Tempat          :           Di kawasan Sekolah Rendah Sungai Tali Lumut II,
                                    Daerah Belait.

  1. Pegawai-pegawai Institut / Jabatan / Kementerian yang hadir menyaksikan proses pembakaran tersebut  terdiri dari berikut :-

i.                    Jabatan Adat Istiadat Negara, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

ii.                 Lembaga Pemeriksa Tetap (LPT), Kementerian Kewangan, Negara Brunei Darussalam.

iii.               Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat, Sungai Liang, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam.

iv.               Jawatan Kuasa Menyukong Penghapusan, Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam.




v.                  Pengetua / Timbalan Pengetua / Guru Besar / Penolong Guru Besar / Wakil Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam.

vi.                Ketua Unit dan Pegawai-Pegawai dari Unit Penghapusan Dari Kira-Kira, Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam.

  1. Proses pemusnahan dilakukan melalui prosedur dibakar didalam lubang yang disediakan sehingga habis hangus terbakar dan abunya ditanam seterusnya ditimbus dan dibuat penanda (Pagar Berpalang)

  1. Pihak Unit Penghapusan Dari Kira-Kira merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan  terima kasih kepada Guru Besar dan warga Sekolah Rendah Sungai Tali Lumut II, khususnya mengenai penyediaan kebenaran tapak pembakaran dan sumbangan tenaga yang dihulurkan oleh pihak sekolah. Ucapan terima kasih juga kepada para-para jemputan yang hadir diatas kerja sama padu  yang dihulurkan dalam menjayakan proses kerja pada hari berkenaan.



Sekian Wassalam.


Di catat oleh :             Maaruf Bin Irahim
                                    Ketua Pegawai Penyelaras,
                                    Unit Penghapusan Dari Kira-Kira
                                    Daerah Belait.

Tarikh           :            15 Zulkaedah 1435 /10 September 2014




Tiada ulasan:

Catat Ulasan