Sabtu, 4 April 2015

Laporan Memusnah Buku-Buku Tek Ugama (6/11/14)


UNIT PENGAPUSAN DARI KIRA-KIRA JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

LAPORAN MEMUSNAH BUKU-BUKU TEK UGAMA DAN KITAB PENGETAHUAN UGAMA ISLAM
  1. Pemusnahan dilakukan berdasarkan surat kebenaran Kementerian Kewangan KKW/ADM/KEM/5, bertarikh seperti berikut :

·         BERTARIKH : 17 FEBRUARI 2014 BAGI 990 BUAH KEPUNYAAN SEK REN SG TALI
                     LUMUT II, DAERAH BELAIT      
·         BERTARIKH : 10 JULY 2014 BAGI 21 BUAH KEPUNYAAN MAKTAB SOAS,
                     DAERAH BRUNEI
·         BERTARIKH : 2 APRIL 2014 BAGI 1,407 BUAH KEPUNYAAN SEK REN RIMBA II,
                     BRUNEI III.
·         BERTARIKH : 10 JULY 2014 BAGI 66 BUAH KEPUNYAAN SEK REN TENTERA
                     LAUT DIRAJA BRUNEI, BRUNEI III    

  1. Proses pemusnahan / pembakaran dilaksanakan merujuk siri FATWA MUFTI KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (32-2003) Bil : 3-1.2/1 Eg(3) yang bertarikh 23hb Syawal, 1424H / 18hb Disember, 2003 iaitu Mushaf atau tulisan-tulisan Al-Quran  ini tidak boleh dibaca atau digunakan lagi, ia boleh dimusnahkan antara caranya dengan dibasuh tulisannya sehingga tidak kelihatan lagi, membakar dan menanamnya kedalam tanah.

  1. Pada hari berkenaan sebanyak 2,484 buah buku-buku teks dan kitab-kitab Pengetahuan Ugama Islam telah dilupuskan dengan pembakaran  dan abunya ditanam seterusnya ditimbus dan dibuat penenda (Pagar Berpalang).

  1. Proses pemusnahan dilakukan pada berikut : 
Tarikh           :           06 November 2014
Masa             :           9.00 pagi hingga 10.30 pagi  
Hari                :           Khamis
Tempat          :           Di kawasan Sekolah Rendah Sungai Tali Lumut II,
                                    Daerah Belait.

  1. Pegawai-pegawai Institut / Jabatan / Kementerian yang hadir menyaksikan proses pelupusan / pembakaran tersebut terdiri dan berikut :
i.                     Lembaga Pemeriksa Tetap (LPT), Kementerian Kewangan, Negara Brunei Darussalam
ii.                   Jabatan Alam Sekitar dan Taman (JASTRE), Kementerian Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam.

iii.                 Pegawai-Pegawai Ahli Jawatan Kuasa Menyokong Penghapusan Dari Kira-Kira, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
iv.                 Pegawai-Pegawai wakil daripada Pengetua dan Guru Besar mereka yang berkenaan.
v.                   Pegawai-Pegawai dari Unit Penghapusan Dari Kira-Kira, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

  1. Pihak Unit Penghapusan Dari Kira-Kira merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan  terima kasih kepada Guru Besar serta warga Sekolah Rendah Sungai Tali Lumut II, khususnya mengenai kebenaran tapak Pelupusan / Pembakaran, sumbangan tenaga yang dihulurkan oleh pihak Sekolah. Ucapan terima kasih juga kepada para-para jemputan yang hadir dan kerjasama yang padu  dihulurkan dalam menjayakan proses kerja pada hari berkenaan.

Sekian Wassalam.

Di catat oleh :          Maaruf Bin Irahim
                                    Ketua Pegawai Penyelaras,
                                    Unit Penghapusan Dari Kira-Kira
                                    Daerah Belait.

Tarikh           :            08 November 2014






Tiada ulasan:

Catat Ulasan