PERATURAN KEWANGAN
(FINANCIAL REGULATION)
1983
FR 501
TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN
- Setiap Ketua Jabatan adalah secara peribadi dan kewangan bertanggungjawab terhadap pengawasan, pemeliharaan, dan pengawalan secara am ke atas barang-barang stor yang diterima atau dipegang oleh Jabatan yang perbelanjaannya dikawal oleh Ketua Jabatan itu.
- Istilah barang-barang stor adalah dikenakan kepada semua harta benda negara, barang-barang, alat-alat kelengkapan, perabot-perabot, jentera-jentera dan mesin-mesin, alat-alat pertukangan, perkakas-perkakas, barang-barang tak bersisa dan barang-barang guna habis dan sebagainya.
FR 502
TANGGUNGJAWAB PEGAWAI-PEGAWAI
- Setiap Pegawai Kerajaan adalah bertanggungjawab secara peribadi dan kewangan terhadap barang-barang stor yang di bawah kawalan atau dalam jagaannya.
FR 550
PENERIMAAN BARANG-BARANG MASUK KE DALAM
STOR~LEJAR-LEJAR STOR
- Barang-barang yang diterima masuk dalam stor hendaklah direkodkan menurut perjenisan barang-barang stor iaitu seperti yang dinyatakan dalam Peraturan FR 503 - FR 506.
- Semua barang stor yang sedemikian diterima masuk hendaklah direkodkan dengan seberapa segera yang boleh dilakukan dan baki barunya hendaklah ditunjukkan Unit bagi mengira bilangan hendaklah ditunjukkan dalam setiap folio, lejar, dan barang-barang itu hendaklah sentiasa dimasukkan dalam kira-kira dengan menggunakan unit sedemikian.
- Barang-barang stor yang mempunyai nombor siri pembuat, nombor model atau lain-lain tanda pengenalan hendaklah direkodkan maklumat-meklumatnya itu dalam folio lejar atau daftar barang.
FR 75
COP PENERIMAAN BARANG
- A.(FR 505.1) - Lejar Simpanan:
- B.(FR 505.2) - Daftar Barang-Barang.
- C (FR 505.3) - Guna Habis:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan