Selasa, 24 Mac 2015

Perancangan Strtegik


PERANCANGAN STRATEGIK
BIL
PERANCANGAN
KANDUNGAN PERANCANGAN/PERLAKSANAAN
TINDAKAN/URUSTIA
1
Meningkatkan kefahaman ketua-Ketua Jabatan, Bahagian, Unit, Pengetua-Pengetua dan Guru-Guru Besar mengenai tanggungjawab terhadap harta benda kerajaan di bawah kawalan masing-masing seperti yang ditekankan dalam peraturan kewangan 1983 bilangan 501,502,550, 552 dan 562

  • Mengedarkan persuratan-persuratan melalui Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan kepada institusi-institusi berkenaan.

  • Memberikan khidmat nasihat berterusan semasa lawatan atau semasa dalam sesi taklimat.
PENGARAH JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN SERTA PEGAWAI-PEGAWAI DARI UNIT PENGHAPUSAN DARI KIRA-KIRA KEEMPAT-EMPAT DAERAH

2
Meningkatkan kekerapan pemantauan harta benda kerajaan di setiap institusi di bawah kawalan Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam

  • Melaksanakan lawatan-lawatan berjadual dan tidak berjadual kepada setiap institusi dan tumpuan utama institusi sasaran disetiap daerah.
PEGAWAI-PEGAWAI DARI UNIT PENGHAPUSAN DARI KIRA-KIRA DI KEEMPAT-EMPAT DAERAH



3
Mengadakan taklimat/bengkel penghapusan secara berterusan dan mengikut keperluan di keempat-empat daerah
  • Mengadakan taklimat atau bengkel ke Jabatan-Jabatan, Institusi Pengajian Tinggi, Maktab-Maktab dan Sekolah-Sekolah mengenai perkara berikut:-

Ø  Latar belakang ringkas Unit Penghapusan dari kira-kira, fungsi dan peranannya.

Ø  Penekanan terhadap peraturan Kewangan 1983 seperti tanggungjawab ketua-ketua Jabatan terhadap harta benda kerajaan di bawah kawalannya [FR 501 dan FR 502].

Ø  Tetacara pengisian buku-buku simpanan bagi barang kekal, barang pakai habis dan jenisnya, pemindahan pengisian dari buku simpanan lama ke buku simpanan baru serta tatacara penolakan dalam buku simpanan bagi barang yang dikeluarkan samaada dihapuskan, dibawa ke institusi lain atau pakai habis.

Ø  Harta benda yang dibeli dengan wang kantin, harta benda wakaf dan yang dibeli dengan yuran sekolah.

Ø  Taklimat mengenai tatacara penyelesaian terhadap kes-kes harta benda yang dicuri atau yang diceroboh masuk, dan harta benda yang telah terbakar.

Ø  Tatacara proses permohonan untuk meroboh bangunan.

PEGAWAI-PEGAWAI DARI UNIT PENGHAPUSAN DARI KIRA-KIRA DI KEEMPAT-EMPAT DAERAH






PEGAWAI-PEGAWAI JAMPUTAN SEPERTI DARI LEMBAGA PEMERIKSAAN TETAP KEMENTERIAN KEWANGAN


4
Meningkatkan maklumat dan arahan-arahan supaya setiap institusi menghadapkan setiap permohonan penghapusan seberapa segera yang boleh [FR 302 dan FR 303]

  • Mengedarkan persuratan-persuratan.

  • Arahan dibuat semasa lawatan.
PEGAWAI-PEGAWAI DARI UNIT PENGHAPUSAN DARI KEEMPAT-EMPAT DAERAH
5
Meningkatkan kecepatan pengurusan pembetulan-pembetulan borang permohonan dan kelengkapan-kelengkapannya bagi memenuhi kehendak Kementerian Kewangan

  • Mengunjungi setiap institusi pemohonan dengan mengadakan perbincangan pembalikan borang permohonan [2 ke 3 hari].
PEGAWAI-PEGAWAI DARI UNIT PENGHAPUSAN DARI KEEMPAT-EMPAT DAERAH
6
Melaksanakan urusan pelupusan harta benda kerajaan yang telah mendapat kebenaran daripada Kementerian Kewangan seberapa segera yang boleh [FR 591 dan FR 305]
  • Menyediakan jadual pelupusan [ 1 minggu ].

  • Menyediakan surat-surat untuk pengiklanan ke Jabatan Radio Televisyen Brunei dan Jabatan Penerangan iaitu ke Pelita Brunei [ 1 hari ].

  • Jangka masa membuka dan menutup iklan jualan lelong ialah 14 hari.

  • Proses memohon kebenaran pembakaran [ bagi harta benda yang dibakar ] kepada Jabatan Alam Sekitar [ jawapan 14 hari ].

  • Menyediakan persuratan ke Jabatan Bomba dan Penyelamat serta ke Jabatan Adat Istiadat Negara [ 1 hari ].

  • Jangka waktu pelaksanaan pelupusan secara keseluruhan lebih kurang 1 ke 2 bulan.
PEGAWAI-PEGAWAI DARI UNIT PENGHAPUSAN DARI KEEMPAT-EMPAT DAERAH

PEGAWAI DARIPADA LEMBAGA PEMERIKSA TETAP KEMENTERIAN KEWANGAN

AHLI JAWATANKUASA MENYOKONG PENGHAPUSAN DARI KIRA-KIRA

PEMBORONG-PEMBORONG YANG BERJAYA

PEGAWAI DARI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT. [ SAKSI PEMBAKARAN ]

PEGAWAI DARI JABATAN ALAM SEKITAR [ SAKSI PEMBAKARAN ]

PEGAWAI DARI JABATAN ADAT ISTIADAT NEGARA [ PEMERHATI BAGI PELUPUSAN BENDERA DAN BARANG YANG ADA PANJI-PANJI NEGARA ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan