BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SECARA
UMUM PEGAWAI-PEGAWAI UNIT PENGHAPUSAN DARI KIRA-KIRA KEMENTERIAN PENDIDIKAN
1)
Memantau harta benda
kerajaan yang terdapat di Jabatan-Jabatan kerajaan di bawah Kementerian
Pendidikan, Institusi Pengajian-Pengajian Tinggi, Maktab-Maktab dan
Sekolah-Sekolah di seluruh Negara yang di bawah kawalan Ketua Jabatan / Pengetua
/ Guru Besar masing-masing (FR501).
Ø Lawatan serta pemeriksaan tempat-tempat penyimpanan harta
benda berkanaan secara berjadual atau secara mengejut.
Ø Pemeriksaan terhadap buku-buku simpanan (Stock Book) bagi
harta benda yang terdapat di institusi tersebut serta memberi khidmat nasihat
mengenai tatacara pengisian buku simpanan berkenaan.
Ø Memberi khidmat nasihat mengenai pengawasan, penyimpanan,
dan penjagaan barang-barang stor berdasarkan FR 575, FR 576, dan FR 577.
Ø Memberi khidmat nasihat kepada Ketua-Ketua Jabatan bahawa
mana-mana barang-barang yang sudah rosak, tidak jimat untuk diperbaiki
hendaklah dipohon penghapusan seberapa segera.
2) Mengadakan taklimat atau bengkel ke Jabatan-Jabatan,
Institusi-Institusi, Maktab-Maktab, dan Sekolah-Sekolah mengenai perkara
berikut:-
Ø Sejarah ringkas penubuhan Unit Penghapusan Dari
Kira-Kira.
Ø Peraturan
kewangan yang ada hubungkait dengan
tatacara / peraturan penghapusan.
Ø Tatacara
pengisian buku-buku simpanan bagi barang kekal, barang pakai habis dan
jenisnya, pemindahan pengisian dari buku simpanan lama ke buku simpanan baru
serta tatacara penolakan dalam buku simpanan bagi barang yang dikeluarkan sama
ada dihapuskan, dibawa ke institusi lain atau pakai habis.
Ø Harta benda yang dibeli dengan wang kantin harta benda
wakaf dan yang dibeli dengan wang yuran sekolah.
Ø Taklimat mengenai tatacara penyelesaian terhadap kes
harta benda yang dicuri atau yang diceroboh masuk, dan harta benda yang telah
terbakar.
Ø Tatacara proses permohonan untuk meroboh bangunan.
3) Memproses borang-borang permohonan yang diterima
daripada Jabatan-Jabatan, Institusi-Institusi, Maktab-Maktab, dan
Sekolah-Sekolah di bawah kawalan Kementerian Pendidikan. Antara perkara
yang dititikberatkan ialah:-
Ø Borang
permohonan hendaklah lengkap iaitu dengan mengisi semua ruang yang disediakan
dengan bertaip / computer.
Ø Tanda
tangan Ketua Jabatan / Unit / Maktab / Sekolah pemohon berserta dengan Cop
Jabatan yang asal (original) serta tarikh permohonan mesti ada.
Ø Bagi barang-barang yang perlu Laporan Pemeriksaan
Teknikal (TIR), borang hendaklah disertakan dengan LAPORAN PEMERIKSAN TEKNIKAL (TIR) yang asal (original) FR 304.
Ø Gambar berwarna bagi barang yang dipohonkan hendaklah
disertakan bersama borang berkenaan. Gambar-gambar
tersebut hendaklah jelas, lengkap, dan menasabah.
Ø Alasan
/ sebab memohon penghapusan hendaklah jelas dan menasabah sebagai contoh jika
rosak hendaklah dijelaskan patah, berkarat, bocor, koyak dan lain-lain.
4) Membuat
pembetulan atau mengembalikan borang permohonan berkenaan jika didapati tidak
menepati iaitu dengan cara:-
Ø Pegawai-pegawai
dari Unit Penghapusan akan datang ke
Institusi permohonan berkenaan bagi menunjuk cara pembetulan borang berkenaan
serta memberi khidmat nasihat mengenai
cara pengisian borang yang betul.
5) Mengendalikan
mesyuarat Ahli Jawatankuasa Penyokong Penghapusan Dari Kira-Kira. Dalam hal ini beberapa perkara yang perlu
dilaksanakan iaitu:-
Ø Menyediakan
kertas kerja bagi semua borang permohonan yang sudah lengkap (melalui proses
penyemakan sebelumnya).
Ø Selesai
mesyuarat, segala permohonan-permohonan yang disokong akan dihadapkan ke
Lembaga Pemeriksaan Tetap Kementerian Kewangan bagi tujuan mendapatkan
kebenaran permohonan penghapusan.
6) Mengandalikan
proses penghapusan setelah mendapat kebenaran dari Kementerian Kewangan
mengenai permohonan yang dihadapkan yang berujukkan KKW/Z/493/43. Dalam
hal ini beberapa perkara sebelum dan sesudah penghapusan / pelupusan yang perlu
dilaksanakan iaitu:-
Ø Menyediakan
jadual atau giliran penghapusan bagi Jabatan-Jabatan, Institusi-Institusi
Pengajian Tinggi, Maktab-Maktab serta Sekolah-Sekolah yang mendapat kebenaran
penghapusan berkenaan. Dalam jadual tersebut terdapat tarikh, hari dan jam
pelupusan dibuat.
Ø Pegawai-Pegawai
Unit Penghapusan serta Ahli Jawatankuasa penyokong penghapusan yang patut hadir
dalam perlaksanaan penghapusan tersebut serentak di keempat-empat daerah.
Ø Membuat
Pemberitahuan kepada institusi yang mendapat kebenaran bagi pelaksanaan
penghapusan tersebut.
Ø Menyediakan
jadual penghapusan untuk dihebahkan ke Jabatan Radio dan Televisyen Brunei atau
ke dalam Poket Infomasi Radio, dan Warta Kerajaan (Pelita Brunei)
Ø Menyediakan
borang lelong untuk pemborong.
7) Pelaksanaan
penghapusan tertakluk kepada kebenaran yang diberikan sama ada dilelong,
dipecah-pecah, dikemek-kemek. digali tanah, dibakar, ditimbus, dan dibuang ke
tempat pembuangan sampah, semua pelaksaanan tersebut dikawal oleh tatacara dan
peraturan yang khusus sesuai dengan kehendak Ahli Jawatankuasa Lembaga
Pemeriksaan Tetap. Selesai proses
penghapusan berkenaan, akuannya hendaklah dihadapkan ke Lembaga Pemeriksaan
Tetap untuk ditandatangani dan bagi proses penelitian dengan menyertakan
dokumen-dokumen berikut:-
Ø Surat
akuan asal.
Ø Iklan melelong ke RTB/Pelita Brunei.
Ø Salinan
I/C pembeli.
Ø Salinan
surat kebenaran Kementerian Kewangan.
Ø Gambar
berwarna semasa penghapusan dibuat.
Ø Kedatangan
pegawai pengandali, Ahli Jawatankuasa Penyokong Penghapusan. Pegawai daripada Lembaga Pemeriksaan Tetap,
Pembeli / Pemborong dan Pengawas Institusi permohon berkenaan.
Ø Selesai
diteliti dan ditandatangani oleh Ahli Jawatankuasa Lembaga Pemeriksaan Tetap
dan diterima semua oleh Unit Penghapusan Dari Kira-Kira. Surat akuan berkenaan
akan dihadapkan semula kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan (salinan
asal) Juruaudit Agung (salinan), Jurukira Agung (Salinan), Pengerusi Lembaga
Pemeriksaan Tetap Kementerian Kewangan (salinan).
8) Pegawai-Pegawai
dari Unit Penghapusan Dari Kira-Kira Kementerian Pendidikan akan sentiasa
berhubung terus kepada Ahli Lembaga Pemeriksaan Tetap untuk mendapat
maklumat-maklumat baru serta penyelesaian masaalah bagi sebarang perkara yang
berbangkit berhubung dengan penghapusan harta benda kerajaan yang di bawah
kawalan Kementerian Pendidikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan