Rabu, 6 Oktober 2010
Sabtu, 1 Mei 2010
SR BUAU ULU BELAIT DALAM KENANGAN
PEGAWAI-PEGAWAI YANG HADIR DALAM PENGHAPUSAN
SEKOLAH RENDAH BUAU
IAITU DARI
PEGAWAI-PEGAWAI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
PEGAWAI-PEGAWAI DARI JPPE DAERAH BELAIT
PEGAWAI-PEGAWAI UPDKK DAERAH BELAIT
SEKOLAH RENDAH BUAU ULU BELAIT
DALAM BULAN APRIL 2010 YANG LALU SEKOLAH INI TELAH DIHAPUSKAN
(DIROBOHKAN)
KEBENARAN DARI KEMENTERIAN KEWANGAN
SEKOLAH BUAU DAN TERUS KE SEKOLAH SUKANG DAN MELILSA
ULU BELAIT
MENGGUNAKAN KERETA BIAS DARI SUNGAI LIANG KE BUAU HANYA MEMAKAN MASA
LEBIH KURANG 45 MINIT JALAN BIASA
JALANNYA SUDAH DITIMBUK DENGAN BATU-BATU KECIL
LELONG TERTUTUP YANG PERTAMA DI UPDKK
Jumaat, 30 April 2010
TAKLIMAT SMPJN KUALA BELAIT
Guru -Guru asik mendengar taklimat dari Ketua Unit Penghapusan Dari Kira-Kira Cawangan Daerah Belait
Awang Maaruf bin Irahim
Taklimat di SM PG. JAYA NEGARA PG. HAJI ABU BAKAR KUALA BELAIT akan dilaksanakan selama 4 kali iaitu setiap minggu bermula dari 29.4.2010 hinggalah penghujung bulan Mei ini.
Tajuk yang ditaklimatkan ialah:
Peraturan Kewangan 1983
Buku Simpanan (Stock Book)
Barang-barang kekal/pakai habis
Tatacara Memohon Penghapusan
dan
Tiga Kes
Alhamdulillah taklimat pertama sudah dijalankan pada khamis 29.4.2010 lalu, sambutan guru-guru amat-amat menggalakan, dan ada beberapa soalan telah ditanyakan kepada kedua-dua Pegawai Penghapusan.
Pegawai-Pegawai yang memberi takilmat pada hari itu ialah:
Awang Maaruf bin Irahim (Ketua Unit KB)
Haji Suhaili bin Ahmad
Jumaat, 12 Mac 2010
TAKLIMAT DI SR AHMAD TAJUDDIN KB
Taklimat telah dibentangkan oleh ketua Unit Penghapusan Dari Kira-Kira (Cawangan Daerah Belait)
Gambar Guru-Guru Sekolah Rendah Ahmad Tajuddin
yang hadir mendengar taklimat.
Rabu, 10 Februari 2010
LAWATAN KERJA
DI SEKOLAH-SEKOLAH DAN JABATAN-JABATAN
DI DAERAH BELAIT
Asrama Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah
Kuala Belait
Berbincang dengan warden asrama lelaki dan warden asrama perempuan penuntut Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah
Jumaat, 5 Februari 2010
Taklimat di JSS Tutong Ke 2
- Pihak sekolah tidak ada stor untuk menyimpan harta benda yang telah rosak.
- Bagaimana mengisi borang permohonan penghapusan.
- Kelambatan jawapan permohonan penghapusan.
- dan lain-lain.
Jawapan dari soalan di atas seperti berikut:
- Dengan tidak adanya tempat (stor) penyimpanan bagi harta benda kerajaan maka pada 6 Jun 1985 satu jawatankuasa telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Penghapusan Dari Kira-Kira Kementerian Pendidikan dengan Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam. yang bererti kalau ada harta benda kerajaan yang telah rosak maka jangan lagi dikumpul banyak-banyak hingga susah untuk disimpan, ada yang rosak terus pohon penghapusan selseai masalah tidak ada tempat menyimpan.
- Dengan ada masalah tersebut makanya majlis taklimat ini diadakan untuk memberi penjelasan.
- Kelambatan tersebut disebabakan proses permohonan penghapusan melalui beberapa peringkat sehingalah DiPerkenaankan.
Rabu, 3 Februari 2010
- Setiap Ketua Jabatan adalah secara peribadi dan kewangan bertanggungjawab terhadap pengawasan, pemeliharaan, dan pengawalan secara am ke atas barang-barang stor yang diterima atau dipegang oleh Jabatan yang perbelanjaannya dikawal oleh Ketua Jabatan itu.
- Istilah barang-barang stor adalah dikenakan kepada semua harta benda negara, barang-barang, alat-alat kelengkapan, perabot-perabot, jentera-jentera dan mesin-mesin, alat-alat pertukangan, perkakas-perkakas, barang-barang tak bersisa dan barang-barang guna habis dan sebagainya.
- Setiap Pegawai Kerajaan adalah bertanggungjawab secara peribadi dan kewangan terhadap barang-barang stor yang di bawah kawalan atau dalam jagaannya.
- Barang-barang yang diterima masuk dalam stor hendaklah direkodkan menurut perjenisan barang-barang stor iaitu seperti yang dinyatakan dalam Peraturan FR 503 - FR 506.
- Semua barang stor yang sedemikian diterima masuk hendaklah direkodkan dengan seberapa segera yang boleh dilakukan dan baki barunya hendaklah ditunjukkan Unit bagi mengira bilangan hendaklah ditunjukkan dalam setiap folio, lejar, dan barang-barang itu hendaklah sentiasa dimasukkan dalam kira-kira dengan menggunakan unit sedemikian.
- Barang-barang stor yang mempunyai nombor siri pembuat, nombor model atau lain-lain tanda pengenalan hendaklah direkodkan maklumat-meklumatnya itu dalam folio lejar atau daftar barang.
- A.(FR 505.1) - Lejar Simpanan:
- B.(FR 505.2) - Daftar Barang-Barang.
- C (FR 505.3) - Guna Habis:
Ahad, 31 Januari 2010
TAKLIMAT DI JSS TUTONG
Taklimat ini diadakan pada 28 Januari 2010, jam 2 ptg berakhir 4.30 ptg di Jabatan Sekolah-Sekolah Tutong yang dihadiri oleh PP, PPkd, Penyelia Kanan, Guru-Guru Besar dan Penolong Guru Besar Daerah Tutong.
Taklimat ini melibatkan Pegawai Pengelaras Dari Unit Penghapusan Dari Kira-Kira.
Pegawai-Pegawai dari Bandar Seri Begawan
Pegawai-Pegawai dari Daerah Tutong
Pegawai-Pegawai dari Daerah Belait.
Taklimat ini dianjurkan oleh Unit Penghapusan Dari Kira-Kira (Cawangan Daerah Tutong)
TAKLIMAT DI SR BENDAHARA SAKAM BUNUT
Tajuk-Tajuk yang ditaklimatkan seperti:
- Sejarah ringkas penubuhan
- Peraturan Kewangan
- Buku Simpanan
- Pakai Habis
- Tatacara memohon Penghapusan
- Tiga Kes
- soal-jawab
Selasa, 26 Januari 2010
unit Penghapusan (Cawangan Daerah Belait)
KUALA BELAIT
Alamat kami:
Rumah Kediaman Brunei Shell,
KD 145 spg 24-29,
Jalan Maulana Kuala Belait.
Daerah Belait,
Negara Brunei Darussalam.
Tel: 3347423 Fax/Tel
3347424 off
IBU PEJABAT
BLOK 2J-4 TINGKAT 6
KONDOMUNIUM ONG SUM PING
TEL: 2230113 / 2230114 / 2230115
- Terdapat harta benda Kerajaan di Jabatan-Jabatan, Sekolah-Sekolah, Pusat Pengajian Tinggi, dan Maktab-Maktab di bawah Kementerian Pendidikan, didapati banyak mengalami kerosakkan diantaranya tidak boleh dibaik pulih dan tidak dapat digunakan lagi, tambahan pula tidak ada tempat (stor) penuimpanan bagi harta benda tersebut.
- Oleh itu pada 6 Jun 1985 satu jawatankuasa telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Penghapusan Dari Kira-Kira Kementerian Pendidikan dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam.
- Merujuk surat keliling Kementerian Kewangan bil: KPE/S46/85/3 bertarikh 2 Zulkaedah 1421 bersamaan 27hb Januari 2001, kebenaran telah diberikan kepada Kementerian Penddidikan untuk menubuhkan JawatanKuasa Menyokong Penghapusan Dari Kira-Kira. bermula pada 1hb Februaru 2001 bagi mengantikan Jawatankuasa Penghapusan Dari Kira-Kira yang ditubuhakan sejak tahun 1985 hingga tahun 2000.
AHLI JAWATANKUASA MENYOKONG PENGHAPUSAN DARI KIRA-KIRA KEMENTERIAN PENDIDIKAN
- PENGERUSI: Pengarah Pentadbiran dan Perkhidmatan- Perkhidamatan Kementerian Pendidikan.
- TIMBALAN PENGERUSI I : Penolong Pengarah Unit Penghapusan Dari Kira-Kira; Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan Kementerian Pendidikan.
- TIMBALAN PENGERUSI II : Pegawai Pentadbir, Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmataan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan.
- Ahli-Ahli: Penolong Pengarah, Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan. Penolong Pengarah, Jabatan Peperiksaan: Wakil Jabatan Perancang, Perkembangan Dan Penyelidikan.
- Penyelidikan: Wakil Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan, Wakil Jabatan Perkembangan dan Pengurusan Estet, dan Wakil Unit Pindidikan Khas.
- SETIAUSAHA: Ketua Unit Penghapusan Dari Kira-Kira, Kementerian Pendidikan.
BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA MENYOKONG PENGHAPUSAN DARI KIRA-KIRA
- Bermesyuarat pada masa yang ditentukan bagi membuat sokongan penghapusan harta benda kerajaan di bawa Kementerian Pendidikan bagi semua jenis harta benda seperti: barang-barang, alat-alat pertukangan, perkakas / barang-barang tak bersisa dan barang-barang guan habis sebagaimana mengikut peraturan kewangan Brunei tahun 1983 (FR 501 & 503).
- memberi pertimbangan bagi semua permohonan yang dihadapkan bagi penghapusan untuk disokongan secara terperinci dan Cost Effective tentang penggunaan sesuatu barang dan tatacara pembuangan yang paling selamat serta menguntungkan kerajaan selaras dengan kehendak Peraturan Kewangan 1983 bilangan FR 305.
- Jawatankuasa tersebut juga akan menghadapkan permohonan dari mana-mana Jabatan-Jabatan, Maktab-Maktab, Institusi dan Sekolah-Sekolah yang disokong untuk dihapuskan kepada Lembaga Pemeriksa Tetap (LTP), Kementerian Kewangan.
- Kehadiran Ahli Jawatankuasa menyokong penghapusan tidak kurang dari 1/2 daripada jumlah ahli yang dilantik.
CATA ALIRAN PENGHAPUSAN DARI KIRA-KIRA KEMENTERIAN PENDIDIKAN
- UNIT PENGHAPUSAN DARI KIRA-KIRA.
- AHLI JAWATANKUASA MENYOKONG PENGHAPUSAN DARI KIRA-KIRA.(menerima, memproses, menyokong, menyediakan kertas kerja).
- LEMBAGA PEMERIKSA TETAP.(menerima sokongan dari Ahli Jawatankuasa, menyokong Penghapusan Dari Kira-Kira),
- SUT KEMENTERIAN KEWANGAN. (menerima laporan/sokongan dari Lembaga Pemeriksa Tetap).
- JAWATANKUASA PENASIHAT PENGHAPUSAN NEGARA.(menimbang cadangan, membuat sokongan penghapusan)
- DIPERKENANKAN.
- BALIK KEPADA JAWATANKUASA PENASIHAT PENGHAPUSAN NEGARA.
- BALIK KEPADA SUT KEMENTERIAN KEWANGAN.(kebenaran Penghapusan)
- BALIK KEPADA LEMBAGA PEPERIKSA TETAP.(cara-cara penghapusan surat akuan penghapusan).
- Akhirnya Baru ke UNIT PENGHAPUSAN DARI KIRA-KIRA.
BIDANG TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI
UNIT PENGHABUSAN DARI KIRA-KIRA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Menerima permohonan dari Jabatan-Jabatan, Institusi-Institusi, Maktab-Maktab dan Sekolah-Sekolah.
- Memproses dan menyemak setiap permohonan yang dihadapkan adalah lengkap dan mengikut format/syarat-syarat yang dikehendaki.
- Mengadakan lawatan-lawatan ke tempat-tempat berkenaan bagi memastikan kesahihan permohonan yang dihadapkan.
- Mengadakan lawatan ke Jabatan-Jabatan, Institusi-Institusi, Maktab-Maktab dan Sekolah-Sekolah dari masa ke semasa untuk memestikan semua yang berkenaan menghadapkan permohonan penghapusan bagi harta benda yang tidak dimanafaatkan lagi.